Friday, November 12, 2010

Dah lama rasanya aku tidak melayari laman sesawang apatah lagi mengunjungi blog. Terlalu sibuk rasanya. Maklumlah sekolah hampir cuti tentulah banyak yang perlu diselesaikan. Cuti sekolah nanti aku tdk dpt kemana-mana, maklumlah sejak lebih 20 tahun mengajar inilah kali pertama aku terpaksa menjaga peperiksaan SPM yang bermula 23 nov. nanti. Aduh bosannya... Dahlah Deepavali kami x kemana-mana. Anak-anak dah mula bersungut. kalau berjalanpun hanya ke tempat kenduri kawin aje...

Semalam keputusan UPSR keluar. Seperti yang dijangka buah hati kelimaku Farhan mendapat keputusan 5A. Tahniah mama ucapkan. Sayang aku tidak dapat bersama untuk mengambil keputusannya,, Bahkan dia sendiripun tidak ada.. kerana menghadiri majlis Khatam Quran peringkat Negeri Sembilan..... Papanya juga tiada kerana ke Vietnam. Jd terpaksalah tunggu balik dulu..untuk meraikannya.. Sabar ya sayang....


Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang mengambil keputusan semalam. Dan tahniah juga kepada negeri Terengganu negeri kelahiranku kerana mendapat keputusan terbaik :)

2 comments: