Saturday, October 30, 2010

AKHIRNYA.......





My day :)

Setelah berusia 46 tahun akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Meskipun terlewat namun, ianya suatu kepuasan bagiku. Aku berharap ia akan dapat menjadi dorongan buat anak-anakku yg meningkat dewasa.... Apatah lagi tiga daripada mereka telah berada di Institut Pengajian Tinggi. Kejayaan ini kukecapi hasil doa ibu bapa tercinta iaitu Teh binti Muda dan Abd Wahab bin Abd Latif. Terima kasih buat suami tersayang, Abdul Razak bin Omar yang selama ini begitu sabar dan banyak membantu serta memberi galakan dan dorongan ketika aku meneruskan pelajaranku. Juga buat insan-insan yang ku kasihi anak-anakku iaitu Faten Thuraya Asyikin, Faten Nadia Amira, Mohd Fiqri Hakim, Mohd Faiz Syukri, Mohd Farhan Afandi dan Fatin Nur Iman, Sesungguhnya kalianlah menjadi kekuatan untuk mama berjaya.

2 comments: